Sixuca Photography baru sahaja selesai mengikuti Festival Pengantin Malaysia yang berlangsung pada 5-7 Oct 2012 bertempat di Menara Mara , Kuala Lumpur.
Alhamdulillah percubaan pertama Sixuca mengikuti Festival Pengantin Malaysia anjuran syarikat Prestige Creative Sdn Bhd membuatkan kami merasa yakin dengan kemampuan kami untuk berdaya saing bersama rakan2 photographer yang lain :)
Kepada anda yang singgah di booth kami pada hari tersebut kami ucapkan ribuan terima kasih sangat2 kerana sudi lepak2 di booth kami :)
Booth Sixuca Photography di dekorasi sepenuhnya oleh Gincu Merah. Okey uolls jom ushar picture2 yang di upload yer.
Sixuca Photography merupakan salah satu penaja bagi event tersebut.
Pelamin Utama oleh KS Entourage Sdn Bhd
Principle Sixuca Photography (Helmi MJ) bersama Khairul pemilik (KS Entourage)
Untuk entry kali ini mari kita kongsikan tips memilih photographer utk majlis perkahwinan, baby potret DLL.Agak-agaknya apa tips untuk bakal pengantin memilih photographer yang tepat bagi majlis bersejarah mereka? Berikut disenaraikan beberapa tips yang berguna untuk anda.
Sila cari beberapa photographer untuk dilakukan perbandingan, mana yang terbaik. (saranan cari yg dekat dengan lokasi anda)
Anda perlu mengetahui citarasa gaya fotografi mereka sendiri, dan sila pilih photographer yang menepati citarasa anda.
Pastikan anda mendapat photographer yang anda kehendaki, bukannya dihantar photographer lain ke majlis anda. Mana mungkin hasil kerja tangan setiap orang sama. Elakkan menyesal kemudian hari apabila hasil gambar tidak menepati seperti mana anda lihat di website photographer .
Anda boleh bersikap cerewet dalam mencari photographer yang sesuai dengan citarasa, TETAPI elakkan cerewet semasa deal dengan photographer yang sudah dipilih. Kebebasan berkarya perlu diberikan kerana anda sudah memilih mereka.
Pastikan anda memilih photographer yang mempunyai passion dalam kerja mereka, terutama photographer FULLTIME, jika memilih yg PARTIME make sure mereka yg telah lama berkencinpung dalam dunia Fotografi ini.
Anda disarankan meminta galeri gambar yang banyak daripada photographer . Ini kerana lumrah untuk photographer hanya meletakkan 5-6 keping sahaja gambar terbaik mereka. Jikalau boleh, sila dapatkan galeri lebih 50 keping gambar untuk contoh 1 pasangan pengantin.
Sila berusaha untuk melihat album sample untuk elakkan menerima album yang murah dan rendah kualiti, dengan alasan untuk menjimatkan kos. Berlainan di Line ART Picture, kami hanya menawarkan album antara paling tinggi kualiti di pasaran negara. Kami sanggup menyerap kos pengeluaran yang tinggi semata-mata untuk memberikan album yang bermutu tinggi sahaja kepada pelanggan kami.
Pilihlah photographer yang sesuai, yang serasi dengan anda. Juga adalah penting untuk TIDAK terpengaruh dengan mana-mana photographer yang suka memburukkan photographer - photographer lain. Sebelum termakan hasutan, adalah tidak rugi untuk anda cuba deal dan dengar consultation daripada pelbagai photographer .
Pilihlah photographer yang friendly dan boleh berkomunikasi serta bergaul dengan family anda, terutama untuk majlis-majlis besar dan meriah.
Tanya apa kelebihan photographer atau perkhidmatan yg ditawarkan.
Call photographer anda elak ber SMS and booking segera…